.season.finale.

Sudah lama hamba berkelana di Jurassic Park ini.Purnama demi purnama datang dan pegi.Siang dan malam silih berganti.Akhirnya, ia akan berhenti disini.(read:Berakhirnya Beta, menjelangnya Gamma). Hamba akan kembali ke tanah tumpah darah yg tercinta. Meneruskan amalan yang mengade2 suci lagi murni dengan pemeringkatan 3 kali disamping keluarga tersayang, sambil menambahkan lagi kecomelkan diri. Kehilangan hamba jgn ditangisi buat membazir tissue sahaja.Hamba akan tetap kembali untuk membosankan diri meneruskan pertapaan ini , setelah percutian hamba selama 3 minggu berakhir nanti. Jika tuan-tuan hamba kurang bernasib baik,hamba akan tetap menulis warkah yang amat bosan bermakna lagi syahdu buat tuan-tuan hamba sekalian ketika dalam tempoh percutian hamba.Nantikan lah.

Akhir kata, kiranya ada salah dan silap serta kata-kata hamba yg berbekas di hati, hamba memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki hamba yang tidak lah begitu tinggi. Sepeninggalan hamba, jangan lah tuan-tuan hamba lupakan diri hamba disini. Jangan la tuan-tuan hamba malas atau segan dan malu-malu kucing untuk melayangkan satu atau dua atau tiga,empat,lima,enam,tujuh dan seterusnya pesanan ringkas atau bahasa modennya SMS untuk hamba.Hamba akan menantikannya di kala hamba sedang bersenang-lenang di kampung halaman nanti. Segala ingatan tulus dan ikhlas tuan-tuan hamba semua,amatlah hamba hargai.

Jika ada sumur di ladang,
Boleh la kita menumpang mandi,
Jika ada umor yang panjang,
Boleh lah hamba merepek lagi kite berjumpa lagi.

Moga-moga kita berjumpa lagi. Selamat tinggal *sob sob*

0 comments:

eXTReMe Tracker